Keperluan Dokumen Pemandu Grab Untuk Pendaftaran Di Malaysia
Di bawah adalah empat (4) dokumen asas yang diperlukan untuk pendaftaran Grab Driver:
- Gambar Profil
- Kad Pengenalan (MyKad Biru sahaja)
- Covernote Insuran Kereta
- Geran JPJ
Cara mengambil gambar dokumen dengan tepat untuk pendaftaran.
Gambar Profil
Gambar ini akan dipamerkan di profil pemandu di aplikasi Grab Driver. Oleh itu, pemandu disarankan mengambil gambar yang jelas dan senang dikenal pasti oleh penumpang. (Cara selfie atas paras bahagian dada)
Pemandu TIDAK BOLEH memakai peralatan di kepala seperti: cermin mata hitam, topi, songkok, topeng muka. Hanya tudung muslimah dan turban Sikh diterima.
Pemandu boleh mengambil gambar selfie melalui telefon bimbit. Contoh gambar selfie di bawah:
GAMBAR TIDAK DITERIMA
- Cropped dari gambar lama
- Cropped dari gambar IC/LESEN.
- Gambar Passport lama yang berlatar belakang biru.
Kad Pengenalan
Hanya warganegara Malaysia yang mempunyai MyKad biru diterima. MyPR dan MyTentera tidak diterima untuk pendaftaran.
Pastikan “flash” ditutup untuk mengelakkan cahaya menutup butiran di atas kad pengenalan.
Pemandu boleh watermark kad pengenalan seperti contoh di bawah:
JANGAN hitamkan butiran seperti contoh di bawah.
Contoh Kad Pengenalan:
Covernote Insuran Kereta
Hanya mukasurat yang mempunyai butiran di bawah diperlukan:
- Model Kereta
- Plat Kereta
- Nombor Casis
- Nombor Enjin
- Tarikh Luput
Jika kereta bukan milik anda. Pastikan insuran covernote mempunyai isitilah ALL DRIVER/ANY AUTHORISED DRIVER
Contoh dari ETIQA Insurance:
Geran JPJ
Geran asal diperlukan. Pemandu boleh minta balik geran asal dari bank pinjaman atau hadir ke cawangan JPJ berdekatan untuk cetak semula dengan harga RM50.
Roadtax hanya diperlukan untuk kereta baru. Contoh kereta 2019/2020.
Contoh Geran: