Grab Driver adalah salah satu pekerjaan part-time dan full-time paling popular di Malaysia. Kini anda boleh daftar sebagai Grab Driver secara online dan mulakan proses pendaftaran dalam masa 24-jam sahaja (Isnin – Jumaat).

Pemohon GrabCar kali pertama juga layak menerima subsidi kos Lesen PSV sehingga RM300 tertakluk kepada terma dan syarat semasa.

• Part-time & Full-time fleksibel
• TANPA perlu hadir ke Grab Kiosk / Grab GDC (BARU)
PSV Bersama Grab secara PERCUMA (slot terhad)
• Layak menikmati kuota tambahan subsidi bahan api BUDI95 (600L & 800L)
• Subsidi pembayaran balik sehingga RM300 untuk pemohon baharu

 

Pengenalan Kepada GrabCar

GrabCar merupakan salah satu perkhidmatan pengangkutan di bawah syarikat GrabCar Sdn Bhd. GrabCar mula beroperasi di Malaysia sejak tahun 2015 dan hari ini, hampir 300,000 rakyat Malaysia telah berdaftar sebagai Grab Driver.

Berdasarkan laporan Grab Malaysia, kebanyakan Grab Driver di Malaysia memandu secara sambilan (part-time) untuk menjana pendapatan tambahan mengikut masa sendiri.

GrabCar memberi kebebasan kepada anda untuk memandu dan online pada bila-bila masa. Anda hanya perlu online aplikasi Grab Driver dan kenderaan berdaftar anda akan disambungkan kepada penumpang yang membuat tempahan melalui aplikasi Grab.

Ia merupakan salah satu cara paling mudah, fleksibel dan popular untuk menjana pendapatan sama ada secara part-time mahupun full-time.

Kenapa Pandu GrabCar?

Grab Income

JANA PENDAPATAN

Grab Turbo: Ciri khas dalam aplikasi Grab Driver yang membantu meningkatkan peluang penerimaan tempahan dengan lebih pantas di kawasan permintaan tinggi, sekaligus membantu pemandu menjana lebih banyak perjalanan dan pendapatan.

Grab Part Time

MASA KERJA FLEKSIBLE

Pilih sendiri bila dan berapa lama anda mahu bekerja. Anda juga boleh memilih waktu permintaan tinggi untuk memaksimumkan pendapatan dalam tempoh yang lebih singkat.

Grab Driver

LUASKAN RANGKAIAN ANDA

Berkenalan dengan orang baru dan bina rangkaian kenalan sambil menjana pendapatan melalui platform Grab.

Grab Benefit

FAEDAH EKSKLUSIF

Dapatkan pelbagai faedah dan ganjaran eksklusif melalui program GrabBenefits terus di aplikasi Grab Driver.

Apakah Pandangan Pemandu Grab?

Syarat Pemandu Grab

Syarat Kenderaan

Kereta keluaran tahun 2012 dan ke atas dengan 4-pintu sahaja layak untuk pendaftaran GrabCar. Kenderaan 4WD dan kereta yang didaftarkan di bawah nama syarikat adalah TIDAK diterima.

Bandar Pendaftaran

Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Kedah, Perlis, Pahang, Perak, Kelantan, Kuala Terengganu dan Pulau Pinang.

Syarat Handphone

Smartphone Android 4.1 atau IOS 10.0 dan ke atas.

Lesen Memandu

Warganegara Malaysia berumur 21 – 69 tahun dengan lesen memandu penuh D / DA yang sah. Lesen P dan L adalah TIDAK diterima untuk pendaftaran GrabCar.

Testimoni Pemandu Grab

SYARAT PERATURAN E-HALING

grab driver medical

Pemeriksaan Kesihatan

Pemeriksaan kesihatan JPJL8A adalah wajib bagi semua pemandu yang memohon Lesen PSV.

grab driver puspakom

Pemeriksaan E-Hailing Puspakom

Pemeriksaan E-Hailing di PUSPAKOM adalah wajib untuk kenderaan berusia 2 tahun 6 bulan dan ke atas mengikut tarikh pendaftaran pada sijil geran kenderaan.

grab driver psv

Lesen PSV

Lesen PSV (Public Service Vehicle) di bawah kategori Teksi / Kereta Sewa / E-Hailing adalah diwajibkan untuk semua pemandu e-hailing.

grab driver e hailing insurance

Insurans E-Hailing

Grab mempunyai rakan insurans di Malaysia bagi menawarkan perlindungan E-Hailing kepada rakan pemandu Grab. Pelan insurans E-Hailing turut disediakan untuk pemandu Grab sambilan (part-time) mengikut keperluan dan terma perlindungan semasa.

grab driver evp

Grab EVP

Admin Grab akan membantu memproses permohonan Grab EVP (E-Hailing Vehicle Permit) selepas borang pendaftaran anda dilengkapkan dan dihantar.

Program Pembayaran Balik

Semua pemohon yang mengambil kursus Lesen PSV di Malaysia layak menerima tebusan selepas akaun Grab berjaya diaktifkan.

• Pemohon yang mengambil kursus PSV bersama Grab layak menerima tebusan 100%. Ini bermakna kursus PSV tersebut adalah PERCUMA.
• Pemohon akan menerima bayaran balik untuk Kad PSV RM20 dan Pemeriksaan Kesihatan JPJL8A sehingga RM80.
• Pemohon yang mengambil kursus PSV di institut memandu bukan-panel Grab layak menerima tebusan sehingga RM100 maksimum daripada pihak Grab selepas pengaktifan akaun.

Kos EVP (E-Hailing Vehicle Permit) bernilai RM115 juga akan ditanggung oleh pihak Grab tertakluk kepada terma dan syarat semasa.

SOALAN LAZIM(FAQ)

Syarat Pendaftaran Grab Driver:

• Warganegara Malaysia (MyKad Biru sahaja)
• Minimum umur 21 tahun dan ke atas
• Kereta keluaran tahun 2012 dan ke atas serta mempunyai 4-pintu
• Lesen Memandu Penuh D / DA yang sah
• Lesen P dan L adalah TIDAK diterima

Syarat Kenderaan GrabCar

Terdapat pelbagai jenis perkhidmatan dalam aplikasi Grab bagi memenuhi keperluan penumpang. Setiap kategori perkhidmatan mempunyai kadar tambang dan syarat tersendiri seperti jenis kenderaan, prestasi pemandu dan kelayakan semasa.

Kereta yang TIDAK layak untuk pendaftaran GrabCar:

• Perodua Kelisa
• Perodua Viva
• Perodua Kancil
• Perodua Kembara
• Perodua Kenari
• Inokom Atos (model lama 2007–2010)
• Inokom Matrix
• Renault Kangoo
• Proton Wira
• Proton Iswara
• Proton Gen-2
• Proton Savvy
• Proton Satria Neo (2 pintu)
• Proton Waja (tidak diterima di Sabah sahaja)
• Kia Spectra / Naza Spectra
• Kia Sutera / Naza Sutera
• Kia Picanto / Naza Picanto (model lama 2007–2010)
• Honda CR-Z (2 pintu)
• Hyundai Getz (model lama 2007–2010)
• Hyundai i10 (model lama 2007–2010)
• Chevrolet Aveo (model lama 2007–2010)
• Changan Era CM8
• Semua kenderaan 2 pintu
• Kenderaan teksi / kenderaan dengan iklan komersial peribadi

*Sekiranya model kereta anda TIDAK tersenarai di atas, ini bermaksud kenderaan anda masih LAYAK untuk pendaftaran Grab tertakluk kepada semakan lanjut.

**Kenderaan berusia 15 tahun dan ke bawah masih diterima sehingga pengumuman baharu daripada pihak berkuasa berkaitan termasuk untuk pemandu GrabCar sedia ada.

Pihak Grab berhak menambah atau mengeluarkan mana-mana model kenderaan daripada senarai kelayakan tanpa notis terlebih dahulu.

Grab Part-Time dan Full-Time

Grab beroperasi 24-jam sehari dan 7-hari seminggu. Pemandu boleh online aplikasi Grab Driver dan mula memandu pada bila-bila masa mengikut jadual serta kelapangan masing-masing.

Disebabkan fleksibiliti ini, Grab Driver menjadi salah satu pekerjaan part-time dan full-time paling popular di Malaysia sejak tahun 2015.

Daftar sebagai Grab Driver hari ini dan mula jana pendapatan menggunakan kereta anda sendiri.

POTENSI PENDAPATAN PEMANDU GRABCAR

Secara purata, pemandu GrabCar berpotensi menjana sekitar RM20 – RM40 sejam bergantung kepada permintaan semasa, lokasi dan waktu pemanduan.

Jumlah pendapatan mingguan atau bulanan adalah bergantung sepenuhnya kepada masa dan kekerapan pemandu online serta memandu.

INFO PENDAFTARAN GRAB DRIVER (SYARAT TAMBAHAN)

Mulai 12 Oktober 2019, setiap pemandu e-hailing diwajibkan mempunyai Lesen PSV (Public Service Vehicle) di bawah kategori Teksi / Kereta Sewa / E-Hailing.

Selain itu, setiap kenderaan berdaftar juga perlu mempunyai perlindungan insurans E-Hailing yang sah.

Semua kereta yang beroperasi di bawah aplikasi Grab juga wajib memiliki EVP (E-Hailing Vehicle Permit).

Sekiranya anda mendaftar melalui borang di dalam page ini, admin Grab akan membantu memberikan langkah-langkah pendaftaran Lesen PSV, Insurans E-Hailing dan Grab EVP dalam tempoh yang singkat.

Boleh, pemandu berdaftar dibenarkan untuk memandu GrabCar menggunakan kereta bukan hak milik sendiri.

Syarat-syarat:

• Nama pemandu berdaftar mestilah tertera di dalam cover note insurans kenderaan tersebut, ATAU
• Insurans kenderaan tersebut berada di bawah perlindungan ALL DRIVER / AUTHORISED DRIVER / ANY AUTHORISED DRIVER

Sekiranya anda pernah memandu untuk GrabCar, GrabBike, GrabFood, GrabExpress atau GrabTaxi sebelum ini, anda TIDAK PERLU mendaftar semula.

Sila hubungi Existing Driver Support di talian 1300-80-6688 untuk urusan pengaktifan semula atau rayuan akaun Grab Driver anda.

Disebabkan urusan dan kelulusan EVP (E-Hailing Vehicle Permit), buat masa sekarang kami hanya boleh memproses permohonan GrabCar menggunakan kereta persendirian / hak milik sendiri.

Pihak kami tidak menyediakan perkhidmatan kereta sewa.

For Enquiries:
Grab Authorised Alpha Driver Malaysia