Cara register sebagai GrabFood Rider hari ini dan mula jana pendapatan menggunakan motosikal anda. Kini anda boleh mendaftar dengan lebih mudah melalui langkah online di bawah dan aktifkan akaun anda dalam tempoh sekitar 5 hari bekerja sahaja tanpa perlu hadir ke Grab Hub.
Sertai platform e-hailing terbesar di Asia Tenggara hari ini!
Disebabkan kesesakan di pejabat GrabFood, semua pemohon baharu diwajibkan untuk membuat pendaftaran secara online terlebih dahulu bagi mendapatkan giliran dan jemputan pengambilan kit GrabFood.
Klik butang DAFTAR SEKARANG di bawah untuk memulakan proses pendaftaran anda.
*Pendaftaran GrabFood Rider secara online kini hanya dibuka untuk pemohon di kawasan Semenanjung Malaysia sahaja. Slot adalah terhad.
PENGENALAN KEPADA GRABFOOD
GrabFood merupakan salah satu perkhidmatan di bawah Grab dan mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2018 selepas kejayaan perkhidmatan GrabCar. Hari ini, GrabFood dikenali sebagai antara platform penghantaran makanan paling popular dan dipercayai di Malaysia.
GrabFood kini menjadi salah satu platform e-hailing penghantaran makanan terbesar di Malaysia. Lebih 300,000 rakyat Malaysia telah berjaya mendaftar sebagai rakan penghantar GrabFood dan menjana pendapatan menggunakan motosikal sendiri.
Seperti GrabCar, rakan penghantar GrabFood mempunyai fleksibiliti untuk bekerja mengikut masa sendiri tanpa jadual tetap. Anda hanya perlu online apabila bersedia untuk menerima tempahan penghantaran.
SYARAT-SYARAT GRABFOOD RIDER (DELIVERY-PARTNER):
• Warganegara Malaysia (MyKad Biru / MyTentera sahaja)
• Berumur 18 – 69 tahun
• Memiliki motosikal sendiri atau pihak ketiga (semua jenis motosikal diterima)
• Pemohon berumur 50 tahun dan ke atas wajib menjalani pemeriksaan kesihatan
• Mempunyai Lesen Memandu Motorsikal B / B2 yang aktif
• Lesen L TIDAK layak untuk pendaftaran
• Memiliki smartphone Android atau iPhone (iOS)
• Tidak pernah bertugas sebagai rakan penghantar Grab sebelum ini (GrabCar, GrabFood, GrabTaxi atau perkhidmatan Grab lain)
• Tidak mempunyai rekod kes polis atau prosiding mahkamah
• Menetap di kawasan Semenanjung Malaysia
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
• Gambar profil
• Kad Pengenalan
• Lesen Memandu Motorsikal (B / B2 / P sahaja)
• Salinan cukai jalan (Roadtax) yang masih aktif
Pemohon akan menjalani kursus dan ujian secara online. Sila semak dan hantar borang pendaftaran di bawah untuk langkah seterusnya.
- Pastikan anda memenuhi semua syarat pendaftaran yang tertera di atas.
- Sediakan empat (4) dokumen asas yang diperlukan.
- Daftar melalui butang DAFTAR SEKARANG.
- Selepas permohonan dihantar, sila rujuk langkah di dalam email dan hubungi admin pendaftaran anda untuk semakan kelayakan seterusnya.
- Admin pendaftaran akan menyemak permohonan anda dan menghantar langkah bagi mendapatkan giliran temujanji pengambilan kit serta pengesahan dokumen.

Jana Pendapatan
Jana pendapatan melebihi RM700 seminggu dengan membuat penghantaran makanan menggunakan motosikal anda sendiri. Nikmati fleksibiliti bekerja mengikut masa sendiri sambil menerima tempahan penghantaran melalui platform GrabFood.

Gaji Harian
Anda yang hantar, anda yang mendapat keuntungan. Nikmati pendapatan penghantaran tanpa tolakan komisen dan terima bayaran melalui GrabPay yang boleh dikeluarkan setiap hari tertakluk kepada terma dan syarat platform.

Fleksible
Online ikut waktu anda sendiri tanpa jadual kerja yang tetap. Anda bebas untuk online dan menerima tempahan pada bila-bila masa mengikut kelapangan dan kesesuaian jadual harian anda.
Dapatkan faedah eksklusif bila anda daftar sebagai GrabFood Rider.

Rebate Minyak
Semak maklumat lanjut Petronas Grab Mesra Programme dan Shell

Baucar Shopping
Dapatkan baucar diskaun dari pelbagai vendor dari Grab di dalam aplikasi Grab anda.

PERKESO
Buat caruman PERKESO untuk melindungi anda dari perkara yang tidak disangka.
