grab psv driver

Apakah Itu Lesen PSV?  

Lesen PSV juga dikenali sebagai Lesen Public Service Vehicle / Perkhidmatan Kenderaan Awam. Pengumuman terkini dari Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT), Ujian Lesen PSV(Teksi, E-Hailing, Kereta Sewa & GDL) telah dimansuhkan. Ini bermaksud pemohon hanya perlu hadir ke kursus 6-jam dan akan terima sijil kelulusan serta-merta.

Adakah Lesen PSV wajib untuk pendaftaran GrabCar? 

Betul. Lesen PSV adalah WAJIB untuk semua pemandu E-Hailing. Sama seperti lesen memandu adalah wajib walaupun anda hanya memandu sehari sahaja dalam sebulan.


Berapa jenis Lesen PSV di pasaran?

3 Jenis.

  • Teksi/Teksi Mewah/Kereta Sewa/E-Hailing
  • Bas Mini/Van
  • Bas

Lesen PSV manakah yang digunakan untuk Grab Driver?

Hanya Lesen PSV (Teksi/Teksi Mewah/Kereta Sewa/E-Hailing) diterima untuk mendaftar sebagai pemandu Grab.

Berapa Harga/Yuran Untuk Mengambil Lesen PSV?

Harga kursus PSV berbeza antara sekolah memandu. Anggaran kos untuk PSV sahaja adalah RM70-RM200. Tidak termasuk Medical Checkup yang berharga RM50-RM80 dan proses Kad PSV di pejabat JPJ RM20-50.

PSV Bersama Grab

Untuk pemohon baru, PSV Bersama Grab berharga RM150 (termasuk Kursus 6-jam & makanan disediakan). Grab akan bayar balik RM150 SELEPAS akaun berjaya diaktifkan*. Ini bermaksud kursus PSV adalah PERCUMA bersama Grab. Daftar Grab Driver melalui borang di bawah untuk langkah seterusnya.


Apakah cara paling mudah untuk mendapatkan Lesen PSV bagi pemandu yang tidak pernah pandu atau daftar Grab?

Pemohon baru boleh mendaftar terus secara online melalui borang pendaftaran Grab Driver di bawah. Admin akan membimbing anda dan memastikan anda sentiasa berada di langkah permohonan yang betul dan tepat.

Saya pernah pandu Grab tetapi akaun saya ditutup sebab tiada Lesen PSV.

Untuk pemandu Grab lama, anda WAJIB hadir ke Grab GDC untuk membuat rayuan pengaktifan akaun semula. Selepas itu admin GDC akan bimbing anda untuk membuat Lesen PSV secara langsung.

[MAKLUM]

Lesen PSV License Grab Driver Malaysia

Elakkan pembayaran Kursus PSV secara online atau melalui WhatsApp. Jangan buat pembayaran sekiranya ada pihak yang menawarkan harga yang tidak logik seperti kelas online, promosi-promosi.
 
  1. https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/03/664087/iklan-tawaran-jpj-palsu
  2. https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/09/376889/pemegang-lesen-terbang-ada-sebulan-sahaja-metrotv
Untuk mengelakkan kes penipuan/sindiket Kursus PSV, pemandu baru disaran hanya mendaftar Kursus PSV melalui institut memandu yang berdaftar dengan JPJ. Rujuk admin pendaftaran anda untuk senarai institut memandu yang berdaftar.
 
Pembayaran online kursus PSV Bersama Grab HANYA akan disalurkan ke akaun syarikat “GrabCar Sdn Bhd”. Harga PSV Bersama Grab selepas subsidi dari Pihak Grab adalah RM80 termasuk Ujian PSV.
 
Contoh apabila pemandu mendaftar PSV dengan pihak yang tidak sah. Status akan muncul di sistem seperti di bawah. Pihak JPJ akan masukkan nama pemandu ke senarai hitam.
grab psv
 

Daftar melalui pautan di bawah untuk mula proses permohonan GrabCar Driver dan Lesen PSV anda:

https://daftar.grabdrivermy.com

https://bit.ly/grabmyreg_klselangor


Syarat -syarat pendaftaran pemandu

1. Memiliki kereta tahun 2014 ke atas

2. Warganegara Malaysia berumur 21-tahun ke atas. 

3. Pemilik MyKad Biru sahaja (MyTentera / MyPR tidak diterima)

4. Lesen Memandu D/DA (Lesen P tidak layak)

5. Handphone Android atau iPhone


Dokumen yang diperlukan dan cara mengambil gambar dokumen untuk daftar Grab Driver (Rujuk Borang Pendaftaran untuk contoh dokumen)

  1. Gambar Profile 
    • Ini akan digunakan untuk profile photo. Tidak boleh memakai topi atau cermin mata hitam.
  2. Gambar IC Original(Depan)
    • Pastikan tiada pantulan yang menghalang detail di IC.
  3. Gambar Covernote Insurance kereta
    • (Pastikan nama anda ada di dalam insurance covernote.
    • Covernote yang diperlukan adalah muka surat yang ada details kereta seperti chassis number, engine number
  4. Grant JPJ Kereta.