bantuan ehailing grab

Bantuan E-Hailing Grab RM500

MAKLUMAN​

PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI 2020: INSENTIF RM500 KEPADA PEMANDU E-HALING​

Bahagian 1: Frequently Asked Questions (FAQs) – (Soalan Lazim)​

1. SIAPAKAH YANG LAYAK MENERIMA INSENTIF INI? ​

Pemandu E-HAILING sepenuh masa layak menerima insentif. Kriteria ‘sepenuh masa’ ditentukan oleh Kementerian Kewangan.

2. BAGAIMANAKAH CARA MEMOHON INSENTIF INI ?​

Kementerian Kewangan sedang memperhalusi prosedur terbaik untuk menyalurkan insentif kepada pemandu. Buat masa ini tiada keperluan untuk pemandu membuat sebarang permohonan.

3. BILAKAH PEMANDU E-HAILING AKAN MENERIMA INSENTIF INI ?​

Kementerian Kewangan akan memaklumkan tarikh permulaan penyaluran insentif.

4. APAKAH SAYA BOLEH MENGGUNAKAN WEBSITE BANTUAN PRIHATIN​

Tidak. Bantuan RM500 kepada pemandu e-hailing tidak disenarikan di dalam website Bantuan Prihatin​.

5. SAYA BERDAFTAR DAN MEMANDU UNTUK DUA SYARIKAT E-HAILING. ADAKAH SAYA AKAN MENDAPAT DUA KALI BAYARAN INSENTIF ?​

Tidak. Setiap pemandu yang layak hanya akan mendapat satu (1) kali bayaran insentif sahaja​.

6. SEKIRANYA SAYA PEMANDU TEKSI DAN JUGA E-HAILING, ADAKAH SAYA AKAN MENERIMA INSENTIF BAGI KEDUA-DUA​

Tidak. Pemandu teksi layak menerima Bantuan Insentif RM600 sahaja.​

7. SAYA PEMANDU E-HAILING SECARA PART TIME DAN PEMANDU TEKSI JUGA PART TIME. ADAKAH SAYA LAYAK UNTUK KEDUA-DUA BANTUAN INI ?​

Tidak. Walau bagaimana pun, semua pemandu teksi yang kekal aktif berdasarkan Kad Pemandu yang aktif layak menerima insentif RM600 untuk pemandu teksi.​

8. PENDAPATAN SAYA TIDAK MENCECAH RM2000 SEBULAN SEDANGKAN SYARAT PENDAPATAN PERLU RM2000. APAKAH LANGKAH YANG PERLU SAYA AMBIL ?​

Syarat kelayakan sebagai pemandu sepenuh masa ditentukan oleh Kementerian Kewangan​.

9. SAYA TIDAK LAYAK KERANA PENDAPATAN TIDAK CECAH RM2000. INI KERANA KEKURANGAN PELANGGAN DISEBABKAN PKP ? ​

Syarat kelayakan sebagai pemandu sepenuh masa ditentukan oleh Kementerian Kewangan. Tempoh masa sebelum bermula PKP diambil kira di dalam penentuan syarat kelayakan.​

10. ADAKAH SEBARANG BANTUAN LAIN KEPADA PEMANDU E-HAILING SELAIN BANTUAN INI ?​

Sila rujuk kelayakan individu menerusi Pakej Bantuan Prihatin Nasional.​

11. ADAKAH SEBARANG BANTUAN LAIN KEPADA PEMANDU E-HAILING SELAIN BANTUAN INI ?​

Sila rujuk kelayakan individu menerusi Pakej Bantuan Prihatin Nasional​.

12. SAYA TELAH MEMBUAT SEMAKAN DENGAN ‘EHO’, MEREKA MENYATAKAN SAYA TIDAK LAYAK KERANA BUKAN PEMANDU TETAP / SEPENUH MASA SEDANGKAN SAYA MEMBAWA E-HAILING SEPENUH MASA. APAKAH TINDAKAN YANG BOLEH SAYA AMBIL ?​

Syarat kelayakan sebagai pemandu sepenuh masa ditentukan oleh Kementerian Kewangan.​

13. SAYA PEMANDU PART-TIME E-HAILING. ADAKAH SAYA LAYAK? JIKA TIDAK, MENGAPA ?​

Hanya pemandu E-HAILING sepenuh masa layak menerima insentif. Pemandu sepenuh masa terkesan dengan teruk akibat COVID-19 dan PKP kerana ketiadaan pelanggan dan tiada sumber pendapatan yang lain.​

14. BOLEHKAH SAYA MEMBUAT RAYUAN? DIMANA PERLU SAYA SALURKAN RAYUAN INI ?​

Kementerian Kewangan sedang memperhalusi prosedur terbaik untuk menyalurkan insentif kepada pemandu. Buat masa ini tiada keperluan untuk pemandu membuat sebarang rayuan.​

15. AKAUN E-HAILING SAYA DIGANTUNG OLEH ‘EHO’. ADAKAH SAYA LAYAK MEMOHON ?​

Kriteria kelayakan pemandu ditentukan oleh Kementerian Kewangan.​

16. SEKIRANYA TERDAPAT SEBARANG PERTANYAAN, SIAPAKAH PATUT DIHUBUNGI ?​

Sebarang makluman lanjut boleh hubungi Sekretariat Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 Kementerian Kewangan di alamat pre2020@treasury.gov.my​.

______________

Bahagian 2: Soalan Lazim 10hb April 2020 – Pakej Rangsangan Ekonomi Insentif RM500 Bagi Pemandu E-Hailing. Untuk maklumat lanjut sila hubungi talian aduan MOT – 1-800-88-7723, email aduan MOT – aduan@mot.gov.my atau email APAD – taxi@apad.gov.my

1) Siapakah yang layak menerima bantuan insentif ini?
Pemandu E-HAILING sepenuh masa layak menerima insentif. Kriteria kelayakan adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia;
  • Memiliki Lesen Vokasional (PSV) yang masih dalam tempoh sahlaku dengan Jabatan Pengangkutan (JPJ);
  • Kenderaan yang dipandu telah dilesenkan dengan Permit Kenderaan e-hailing(eVP) di bawah Agensi Pengangkutan Awan Darat (APAD);
  • Pendapatan bulanan bayaran tambang kasar sekurang-kurangnya RM1,200 berdasarkan jumlah kutipan tambang bulan November 2019, Disember 2019 atau Januari 2020;
  • Tidak menerima bantuan untuk pemandu Teksi RM600 di bawah inisiatif Pakej Rangsangan Ekonomi 27 Februari 2020.
 
2) Bagaimanakah cara memohon insentif ini?
Dana akan dimasukkan oleh Kerajaan kepada e-Hailing Operators (EHO). Pembayaran kepada pemandu yang layak akan dibuat oleh EHO masing-masing. Hubungi Customer Support EHO masing-masing.
 
3) Bilakah pemandu e-hailing akan menerima insentif ini?
Bantuan boleh diterima seawal-awalnya pada 20 April 2020. Pemandu e-hailing boleh menyemak status kelayakan dan menuntut bantuan dengan EHO masing-masing.
 
4) Apakah saya boleh menggunakan website Bantuan Prihatin untuk menyemak nama saya sebagai penerima RM600 untuk pemandu teksi?
Bantuan RM500 kepada pemandu e-hailing tidak disenaraikan di dalam website Bantuan Prihatin.
 
5) Saya berdaftar dan memandu untuk dua syarikat e-hailing. Adakah saya akan mendapat dua kali bayaran insentif?
Setiap pemandu layak mendapat satu (1) kali bayaran insentif sahaja.
 
6) Sekiranya saya pemandu teksi dan juga e-hailing, adakan saya akan menerima insentif bagi kedua-dua kategori?
Pemandu teksi yang menerima Bantuan Insentif RM600 tidak layak menerima bantuan RM600 untuk pemandu e-hailing.
 
7) Saya pemandu e-hailing secara part time dan pemandu teksi juga part time. Adakah saya layak untuk kedua-dua bantuan ini?
Semua pemandu teksi yang kekal aktif berdasarkan Kad Pemandu yang aktif layak menerima insentif RM600 untuk pemandu teksi sahaja.
 
8) Saya merupakan pemandu-ehailing sepenuh masa tetapi pendapatan saya tidak mencecah RM1,200 sebulan sedangkan syarat pendapatan perlu RM1,200. Apakah langkah yang perlu saya ambil?
Rayuan boleh dikemukakan di portal rasmi APAD yang akan dibangunkan kelak bermula Mei 2020.
 
9) Adakan saya tidak layaak kerana pendapatan tidak cecah RM1,200? Ini kerana kekurangan pelanggan disebabkan PKP.
Syarat kelayakan sebagai pemandu sepenuh masa telah ditentukan dengan mengambilkira tempoh masa pemandu beroperasi sebelum bermula tarikh PKP.
 
10) Adakah sebarang bantuan lain kepada pemandu e-hailing selain bantuan ini?
Sila rujuk kelayakan individu menerusi Pakej Bantuan Prihatin Nasional.
 
11) Saya telah membuat semakan dengan EHO dan mereka menyatakan saya tidak layak keran bukan pemandu tetap/sepenuh masa sedangkan saya membawa e-hailing secara sepenuh masa. Apakah tindakan yang boleh saya ambil?
Anda dinasihatkan supaya mengemaskini status dengan EHO dan mengemukakan rayuan di portal rasmi APAD yang akan dibangunkan kelak bermula Mei 2020. Senarai nama yang layak adalah berdasarkan senarai nama yang dikemukan oleh EHO masing-masing sebelum disahkan layak oleh APAD.
 
12) Sekiranya pemandu hendak membuat semakan kelayakan, kepada siapakah harus dihubungi?
Platform semakan sedang dibangunkan pada masa ini dan akan dimaklumkan  dalam laman sesawang Kementerian Pengangkutan dan Agensi Pengankutan Awam Darat. Anda juga hendaklah memaklumkan kepada EHO untuk menyenaraikan nama anda kepada APAD untuk tujuan pengesahan sekiranya anda telah mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti di soalan 1.
 
13) Saya pemandu part time e-hailing. Adakah saya layak? Jika tidak. Mengapa?
Tidak layak kerana bantuan ini khusus kepada pemandu e-hailing sepenuh masa sahaja. Rayuan boleh dikemukan di portal rasmi yang akan dibangunkan oleh APAD kelak bermula Mei 2020.
 
14) Bolehkah saya membuat rayuan? Dimana perlu saya salurkan rayuan ini?
Platform rayuan sedang dibangunkan pada masa ini dan akan dimaklumkan dalam lama sesawang APAD di apad.MOT@gov.my bermula Mei 2020.
 
15) Akaun e-hailing saya digantung oleh EHO. Adakah saya layak memohon?
Anda dinasihatkan supaya mengemaskini status penggantungan akaun anda dengan EHO segera bagi mengelakkan nama anda tercicir dari senarai penerima yang layak.
 
-TAMAT-
 

______________

PENDAPAT DARI ADMIN 

Hampir setiap hari sejak PKP(Perintah Kawalan Pergerakan) berkuatkuasa. Pemandu E-HAILING bertanya berkenaan status insentif one-off ehailing RM500 dari Pihak Kerajaan. 

Apa yang kita ketahui sekarang adalah Pihak Kerajaan masih belum muktamadkan syarat untuk menebus bantuan insentif ini meskipun Pihak APAD telah mengumumkan info Pakej Rangsangan Ehailing di atas.

Oleh demikian, saya menyaran bahawa Pemandu Ehailing tunggu syarat dan langkah lengkap dari Kementerian Kewangan seperti dinyatakan oleh Pihak APAD di atas. Pemandu Ehailing boleh hubungi Customer Service EHO masing-masing selepas 20hb April 2020.

Paling penting, sentiasa perhatikan kemaskini dan pengumuman dari Pihak APAD, Kementerian Pengangkutan, Kementerian Kewangan.

Akhir sekali, sila JANGAN WHATSAPP nombor di dalam blog ini untuk Bantuan Ehailing. Hubungi KEMENTERIAN KEWANGAN. Admin blog sini hanya boleh mengurus pendaftaran pemandu GrabCar baru. Kerjasama anda amat dihargai!

Terima Kasih.
Admin 

#dudukrumah #kitajagakita 

___________________________________
Minat mendaftar sebagai Pemandu GrabCar?
Klik dan layari website di bawah untuk maklumat lanjut.

___________________________________

Kredit:

Facebook – APAD 03 April 2020

Bantuan Ehailing

Bantuan E-Hailing

Cara Memohon Bantuan Ehailing